Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tahan Tiga Lelaki Rampas Dadah Bernilai Rm4 16 Juta

Published: 19 Aug 2025 8.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan BERNAMA
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-tahan-tiga-lelaki-rampas-dadah-bernilai-rm4-16-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:28 MYT
Melaka, 19 Ogos 2025 – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM4.16 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang dan Melaka pada 13 Ogos lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek yang ditahan dalam operasi pada 4.15 petang hingga 6.10 petang itu berusia 25 hingga 46 tahun.
“Dalam serbuan pertama di pekarangan sebuah kondominium di sekitar Bukit Jalil, Kuala Lumpur, polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang warga Pakistan dengan pemeriksaan pada tubuh serta kereta suspek menemukan Ganja seberat 26.73 kilogram (kg).
"Susulan itu, pemeriksaan di sebuah unit di kondominium berkenaan telah berjaya membongkar stor simpanan pelbagai jenis dadah termasuk bunga Ganja, Ketamin dan Syabu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
ArticlePublished 19 Aug 2025 8.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM