Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Budaya Buli Perlu Dibendung Sejak Sekolah

Diterbitkan: 19 Aug 2025 8.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan agar kerajaan melaksanakan kempen anti buli secara menyeluruh bermula dari peringkat sekolah rendah. Baginda menegaskan budaya buli yang tidak dibendung boleh melahirkan generasi tanpa nilai hormat dan kasih sayang selain merosakkan mental serta emosi mangsa hingga mengakibatkan tragedi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-budaya-buli-perlu-dibendung-sejak-sekolah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:58 MYT
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan agar kerajaan melaksanakan kempen anti buli secara menyeluruh bermula dari peringkat sekolah rendah. Baginda menegaskan budaya buli yang tidak dibendung boleh melahirkan generasi tanpa nilai hormat dan kasih sayang selain merosakkan mental serta emosi mangsa hingga mengakibatkan tragedi.

Seri Paduka Baginda turut menekankan kepentingan mendidik anak-anak sejak usia kecil mengenai erti hormat-menghormati dan disiplin bagi membendung budaya buli. Selain itu, pindaan Akta Kanun Keseksaan dan Akta Kanun Tatacara Jenayah 2025 adalah bukti komitmen kerajaan dalam membanteras isu buli secara tegas.

Kerjasama semua pihak amat penting dalam membendung budaya buli. Dengan tindakan bersepadu dan kesedaran yang tinggi, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan sejahtera untuk semua.

May be an image of 3 people and text that says 'ทนอสา MALA AYSIA MADANI Pи6pиcTфeTи お喜必n အြာလင် 10 SPB YDPA SULTAN IBRAHIM
ArtikelDiterbitkan 19 Aug 2025 8.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM