Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tahan Lelaki Iran Rampas Syabu Ganja Rm3 7 Juta

Published: 15 Jun 2023 10.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Selain warga Iran berusia 48 tahun itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang berperanan sebagai penghantar dadah untuk lelaki Iran terbabit. Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, serbuan pertama oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu dilakukan ke atas sebuah kondominium di Taman Segambut Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-tahan-lelaki-iran-rampas-syabu-ganja-rm3-7-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:51 MYT
Kuala Lumpur, 15 Jun 2023 - Seorang lelaki warga Iran yang disyaki mendalangi aktiviti pengedaran dadah syabu dan ganja ke sekitar Lembah Klang, diberkas dalam dua serbuan berasingan, di sini, kelmarin.

Selain warga Iran berusia 48 tahun itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun yang berperanan sebagai penghantar dadah untuk lelaki Iran terbabit.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, serbuan pertama oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu dilakukan ke atas sebuah kondominium di Taman Segambut Aman, di sini.

"Dalam serbuan ini polis menemui dadah syabu seberat 4.2 kilogram dianggarkan bernilai RM139,000 dalam sebuah kereta jenis Toyota Estima di kawasan tempat letak kereta kondominium berkenaan, selain menahan lelaki tempatan terbabit.

"Hasil soal siasat membawa serbuan kedua di sebuah kondominium di Jalan Ampang yang didiami lelaki warga Iran terbabit," katanya.

Dato' Mohd Shuhaily berkata, dalam serbuan kedua ini polis menemui 103.3 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM3.4 juta dan ganja seberat 34.7 kilogram bernilai RM107,000.

"Siasatan mendapati lelaki Iran ini seorang jurutera yang sering keluar dan masuk ke negara ini sejak 2014 menggunakan visa pelancong dan kali terakhir keluar serta kembali ke negara ini pada bulan lalu.

"Kita percaya kedua-dua mereka ini mula memasarkan dadah di sekitar Lembah Klang sejak tahun lalu, manakala suspek warga Iran ini terbabit dalam pengedaran dadah di negara asalnya sejak 2014," katanya.

Beliau berkata, semua suspek direman tujuh hari sehingga Selasa ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas mampu menampung penggunaan seramai 1.4 juta penagih.

Sumber: Polis KL dan Berita Harian

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of ticket stub, blueprint and text

May be an image of text

May be an image of blueprint and text

May be an image of text

May be an image of light switch and text that says 'ER RAMPASAN DADAH SERBUAN KEDUA 6'


ArticlePublished 15 Jun 2023 10.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM