Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tahan Empat Lelaki Rampas Ganja Bernilai Rm3 33 Juta Pengarah Jsjn

Published: 27 Mar 2022 1.50 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 27 Mac 2022 - Polis menahan empat lelaki dan merampas dadah jenis Ganja seberat 1.33 tan bernilai kira-kira RM3.33 juta menerusi empat serbuan berasingan di sekitar Selangor, Khamis lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-tahan-empat-lelaki-rampas-ganja-bernilai-rm3-33-juta-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:13 MYT
Shah Alam, 27 Mac 2022 - Polis menahan empat lelaki dan merampas dadah jenis Ganja seberat 1.33 tan bernilai kira-kira RM3.33 juta menerusi empat serbuan berasingan di sekitar Selangor, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua yang berusia 23 hingga 46 tahun itu ditahan JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Selangor sekitar 4.40 petang dan 11.00 malam di dua lokasi di Subang Jaya manakala masing-masing satu lokasi di Rawang dan Semenyih.

"Hasil serbuan itu, polis merampas dadah jenis Ganja gred dua di sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan dadah.

"Dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 2,576,000 penagih," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Dato' Ayob Khan berkata, modus operandi digunakan sindiket itu adalah membawa masuk bekalan dadah dari Thailand melalui laluan tikus untuk dipasarkan di sekitar Selangor dan Johor.

"Siasatan mendapati, sindiket pengedaran dadah ini dipercayai mula aktif sejak pertengahan Januari tahun ini," katanya dengan menambah kesemua lelaki itu terdiri daripada dua penganggur, ahli perniagaan dan penghantar barang.

Beliau berkata seorang daripada mereka positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) dan semakan rekod jenayah lampau turut mendapati seorang daripada mereka mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset sindiket termasuk empat kenderaan dan wang tunai dianggarkan bernilai RM331,900. Ini menjadikan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan harta berjumlah RM3.7 juta," katanya.

Dato' Ayob Khan berkata, kesemua mereka direman tujuh hari hingga 31 Mac ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan JSJN sedang berusaha mengesan saki baki sindiket termasuk dalang.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...


May be an image of 4 people, people standing and text that says 'N + IPK SELANGOR @H'

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'IPK SELANGOR'

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'CID 7:57 NC SELANGOR 34/hz'

May be an image of 5 people and text that says 'A S SELANGOR @1'

May be an image of 3 people and text that says '1 AYOB'

May be an image of 1 person

May be an image of indoor
ArticlePublished 27 Mar 2022 1.50 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM