Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tahan Dua Lelaki Rampas 145kg Dadah Bernilai Rm4 18 Juta Dalam Kondominium

Diterbitkan: 28 Oct 2024 9.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin berkata suspek berusia 25 dan 21 tahun itu dipercayai penjaga unit kondominium berkenaan yang dijadikan stor penyimpanan dadah sejak disewa enam bulan lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-tahan-dua-lelaki-rampas-145kg-dadah-bernilai-rm4-18-juta-dalam-kondominium
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:15 MYT
Kuala Lumpur, 28 Oktober 2024 - Kegiatan pengedaran dadah jenis Syabu dan Heroin di sekitar Lembah Klang terbongkar selepas penahanan dua lelaki bersama 145 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM4.18 juta di sebuah unit kondominium di Bandar Baru Seri Petaling pada Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin berkata suspek berusia 25 dan 21 tahun itu dipercayai penjaga unit kondominium berkenaan yang dijadikan stor penyimpanan dadah sejak disewa enam bulan lepas.

“Kedua-dua suspek ditahan di hadapan lif kondominium dalam serbuan pada 3.30 petang dan pemeriksaan ke atas mereka telah menemukan bungkusan warna keemasan bertulis ‘daguanyin’ disyaki berisi Syabu dan plastik lutsinar disyaki Heroin.

“Pasukan serbuan kemudian membuat pemeriksaan ke sebuah unit kondominium berkenaan dan menjumpai 115 bungkusan warna biru dan keemasan disyaki mengandungi Syabu dan 40 bungkusan plastik lutsinar disyaki berisi Heroin,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

ArtikelDiterbitkan 28 Oct 2024 9.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM