
Article
Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Tahan Dua Lelaki Rampas 145kg Dadah Bernilai Rm4 18 Juta Dalam Kondominium
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin berkata suspek berusia 25 dan 21 tahun itu dipercayai penjaga unit kondominium berkenaa...
Kuala Lumpur, 28 Oktober 2024 - Kegiatan pengedaran dadah jenis Syabu dan Heroin di sekitar Lembah Klang terbongkar selepas penahanan dua lelaki bersama 145 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM4.18 juta di sebuah unit kondominium di Bandar Baru Seri Petaling pada Rabu lepas.
“Kedua-dua suspek ditahan di hadapan lif kondominium dalam serbuan pada 3.30 petang dan pemeriksaan ke atas mereka telah menemukan bungkusan warna keemasan bertulis ‘daguanyin’ disyaki berisi Syabu dan plastik lutsinar disyaki Heroin.
“Pasukan serbuan kemudian membuat pemeriksaan ke sebuah unit kondominium berkenaan dan menjumpai 115 bungkusan warna biru dan keemasan disyaki mengandungi Syabu dan 40 bungkusan plastik lutsinar disyaki berisi Heroin,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.