Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Serbu Makmal Proses Kokain Rampas Dadah Bernilai Rm9 Juta

Published: 18 Jul 2024 2.09 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan BERNAMA
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-serbu-makmal-proses-kokain-rampas-dadah-bernilai-rm9-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:02 MYT
POSTING PILIHAN: POLIS SERBU MAKMAL PROSES KOKAIN, RAMPAS DADAH BERNILAI RM9 JUTA

Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 - Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah jenis kokain dan menahan pasangan suami isteri dan seorang lelaki dalam dua operasi di Cheras, di sini Selasa lepas.

Menerusi serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA) itu, sebanyak 44.93 kilogram kokain dianggarkan bernilai RM9 juta dirampas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato’ Khaw Kok Chin berkata dalam operasi pada 10 malam itu, pasangan suami isteri berusia 41 tahun ditahan di sebuah kondominium di Jalan Cheras, Batu 5 dekat sini.

“Pemeriksaan di dalam rumah itu menemukan 44.93 kilogram kokain dan 52.5 liter cecair kimia yang diletakkan di dalam botol minum beralkohol.

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berperanan sebagai ‘runner’ dan isterinya merupakan penjaga bekalan serta melakukan proses menghasilkan dadah itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan BERNAMA

ArticlePublished 18 Jul 2024 2.09 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM