Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Dan Pengerusi Perkep Hadir Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke 17

Diterbitkan: 18 Jul 2024 1.16 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman petang tadi hadir mengimarahkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 yang bakal berlangsung pada 20 Julai ini. Berangkat berc
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-dan-pengerusi-perkep-hadir-ke-majlis-bacaan-yasin-dan-doa-selamat-sempena-istiadat-pertabalan-yang-di-pertuan-agong-ke-17
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:26 MYT
Kpn Dan Pengerusi Perkep Hadir Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke 17
Laman Utama / Artikel / Kpn Dan Pengerusi Perkep Hadir Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke 17
Kembali ke Pustaka
Artikel

Kpn Dan Pengerusi Perkep Hadir Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Ke 17

Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia,...
Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman petang tadi hadir mengimarahkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 yang bakal berlangsung pada 20 Julai ini.

Berangkat bercemar duli ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Majlis berkenaan adalah acara pertama daripada tujuh acara sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Sabtu ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin.

Majlis yang dimulakan dengan menunaikan solat fardhu Asar secara berjemaah dan kemudiannya bacaan yasin serta doa selamat telah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Ehsan Mohd Hosni yang diadakan di Masjid Negara, di sini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini


May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 9 people

May be an image of 5 people and headscarf

May be an image of 5 people

May be an image of 2 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 13 people and dais

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person, crowd and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 2 people

May be an image of 5 people

May be an image of 5 people

ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2024 1.16 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM