Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Serbu Kondo Mewah Proses Dadah Rampas Ekstasi Bernilai Rm26 5 Juta

Published: 29 May 2022 8.29 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka yang berumur 48 hingga 56 tahun itu ditahan dalam serbuan yang bermula pada pukul 4.30 petang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-serbu-kondo-mewah-proses-dadah-rampas-ekstasi-bernilai-rm26-5-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:16 MYT
Kuala Lumpur, 29 Mei 2022 - Polis menyerbu dua unit kondominium mewah yang dijadikan sebagai tempat pemprosesan dadah jenis Ekstasi di sekitar ibu negara dan menahan seorang lelaki disyaki dalang kegiatan itu serta tiga wanita warga China yang disyaki terbabit, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua mereka yang berumur 48 hingga 56 tahun itu ditahan dalam serbuan yang bermula pada pukul 4.30 petang.

Beliau berkata kondominium mewah itu disewa RM2,500 sebulan tiap satu unit dan ia digunakan sebagai tempat untuk memproses dadah, sebelum dijual kepada pelanggan di kelab malam serta pasaran tempatan dan kegiatan mereka dipercayai telah aktif sejak hujung tahun lepas.

"Sejumlah pil dan serbuk dadah jenis Ekstasi dianggarkan bernilai RM26.5 juta dan dua kenderaan, wang tunai, jam tangan serta barang kemas dirampas dalam serbuan itu," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurutnya semakan mendapati tiga wanita warga asing itu masuk ke negara ini empat hingga lima tahun lepas menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata kesemua mereka yang didapati negatif dadah dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan BERNAMA

ArticlePublished 29 May 2022 8.29 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM