Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Rampas Dadah Sintetik Bernilai Rm23 72 Juta

Diterbitkan: 29 Jun 2021 11.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 29 Jun 2021 - Polis melumpuhkan sindiket dadah rangkaian antarabangsa susulan penahanan dua beranak dan merampas dadah bernilai RM23.72 juta di Lebuhraya Timur Barat, Gerik, Sabtu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-rampas-dadah-sintetik-bernilai-rm23-72-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:28 MYT

Ipoh, 29 Jun 2021 - Polis melumpuhkan sindiket dadah rangkaian antarabangsa susulan penahanan dua beranak dan merampas dadah bernilai RM23.72 juta di Lebuhraya Timur Barat, Gerik, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato' Razarudin Husain berkata, kedua-dua suspek ditahan ketika sedang menunda Toyota Alphard, dipercayai taktik untuk mengelak dihidu pihak polis.

Katanya, operasi dijalankan hasil maklumat awam membabitkan sepasukan pegawai dan anggota JSJN Perak dengan kerjasama JSJN Bukit Aman.

"Hasil pemeriksaan kenderaan yang ditunda itu, polis menemui sejumlah 447 bungkusan mengandungi dadah jenis Methamphetamine dan Ketamin dengan anggaran berat 448 kilogram (kg).

"Jumlah keseluruhan dadah dirampas ini boleh digunakan seramai 2,166,175 penagih dadah. Dadah ini dipercayai diperoleh dari Thailand.

"Dadah ini disimpan dalam bungkusan teh cina dan kita percaya untuk dipasarkan ke negara Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Australia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak di sini, hari ini.

Dato’ Razarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sejak Ahad lalu hingga 3 Julai ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/…/polis-rampas-dadah-sintetik-be…

Sumber: Polis Perak dan Berita Harian Online

May be an image of 3 people and text that says 'SIDANG MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTI POLI RAJA MALAYSIA PERK 29 JUN 2021 AT POLIS KONTINJ
No photo description available.
May be an image of text that says 'SIDANG MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK OLIS DIRAJA LAYSIA UN 9ค- LANGAN IBU PEJARA PERAK'
May be an image of 1 person and text that says 'SIDANG S JABATAN SIASATAN PENGARAH MEDIA POLIS DIRAJA MALAY BelOTik JENAYAP 29 PERKARANGAN PE BU PEJABAT e0
ArtikelDiterbitkan 29 Jun 2021 11.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM