Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Rampas Dadah Rm4 5 Juta Disorok Dalam Kereta Kondominium

Published: 18 Apr 2023 11.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: Polis KL dan Harian Metro
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-rampas-dadah-rm4-5-juta-disorok-dalam-kereta-kondominium
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:26 MYT
Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Rampas Dadah Rm4 5 Juta Disorok Dalam Kereta Kondominium
Home / Article / Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Rampas Dadah Rm4 5 Juta Disorok Dalam Kereta Kondominium
Back to Library
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Rampas Dadah Rm4 5 Juta Disorok Dalam Kereta Kondominium

Sumber: Polis KL dan Harian Metro
Kuala Lumpur, 18 April 2023 - Kegiatan seorang lelaki yang menjadikan kenderaan serta rumah sewanya di sebuah kondominium di Ampang, Selangor, sebagai stor menyimpan dadah untuk diedar terbongkar selepas dia ditahan dalam serbuan di Cheras, di sini, 14 April lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Yahaya Othman berkata, pihaknya menjalankan serbuan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Cheras kira-kira 11 pagi, Sabtu lalu, yang membawa kepada penahanan lelaki berusia 29 tahun berkenaan.
Katanya, polis merampas 114 kilogram (kg) dadah Syabu di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire di tempat letak kereta berhampiran tempat suspek ditahan.

"Hasil tangkapan itu, kami menjalankan satu lagi serbuan di sebuah rumah kondominium di Ampang, jam 12.15 tengah malam, Ahad lalu.
"Pemeriksaan di dalam rumah itu menemui Ekstasi seberat 1.8 kg, Syabu (3.1 kg), Erimin 5 (1.3 kg) dan Ketamin (3 kg). Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah 123.2 kg yang boleh digunakan 750,000 penagih.

"Nilai keseluruhan rampasan dalam kedua-dua serbuan berkenaan adalah RM4.5 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../polis-rampas-dadah-rm45...

Sumber: Polis KL dan Harian Metro

ArticlePublished 18 Apr 2023 11.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM