Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Rampas Dadah Hampir Rm5 Juta

Diterbitkan: 11 Mar 2021 11.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 Mac 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dadah bernilai kira-kira RM5 juta dalam serbuan di dua buah makmal memproses dan mengedar dadah di sekitar Cheras serta Sungai Besi pada 8 Mac lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-rampas-dadah-hampir-rm5-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:46 MYT

Kuala Lumpur, 11 Mac 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dadah bernilai kira-kira RM5 juta dalam serbuan di dua buah makmal memproses dan mengedar dadah di sekitar Cheras serta Sungai Besi pada 8 Mac lalu.

Bertindak atas maklumat yang diperolehi, Bahagian Risikan Antarabangsa Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 6 Mac lalu kira-kira pukul 2.30 petang, pasukan operasi JSJN Bukit Aman telah membuat pemeriksaan di sebuah syarikat kurier di sini.

Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato’ Razarudin Husain berkata, hasil pemeriksaan polis merampas lima buah kotak lutsinar mengandungi tikar sejadah pelbagai warna untuk dihantar ke Indonesia mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat 4.12 kilogram yang dikirimkan oleh seorang lelaki warga tempatan.

“Selepas siasatan dijalankan, pada 8 Mac lalu, seramai 13 individu ditahan dalam enam serbuan yang dilakukan di sekitar ibu negara dan Selangor.

“Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun. Polis turut merampas pelbagai jenis dadah dan bahan-bahan kimia serta peralatan dipercayai untuk memproses dadah,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.kosmo.com.my/.../polis-rampas-dadah-hampir.../

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Kosmo Online
ArtikelDiterbitkan 11 Mar 2021 11.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM