Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Rampas 38kg Dadah Rm1 37 Juta Tahan 3 Individu

Published: 02 Mar 2021 1.33 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Mac 2021 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri dan merampas lebih 38 kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai RM1.37 juta dalam tiga serbuan berasingan di sini, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-rampas-38kg-dadah-rm1-37-juta-tahan-3-individu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:29 MYT
Kuala Lumpur, 2 Mac 2021 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri dan merampas lebih 38 kilogram (kg) dadah dianggarkan bernilai RM1.37 juta dalam tiga serbuan berasingan di sini, Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Tuan Zainudin Ahmad berkata, sindiket itu merupakan serpihan kumpulan pengedaran dadah yang ditumpaskan di Pulau Pinang, November tahun lalu.

"Ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 28 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar ibu negara, termasuk di dua apartmen menerusi Op Quicksand, bermula jam 2 petang hingga jam 5.15 petang.

"Hasil serbuan, kita berjaya merampas 38kg dadah dan 457 gram Heroin dianggarkan bernilai RM1.37 juta.

"Sebahagian dadah ditemui dalam sebuah apartmen servis yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini, hari ini.

ArticlePublished 02 Mar 2021 1.33 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM