Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Kelantan Tahan Lelaki Rampas Dadah Hampir Rm50 Juta Bersamanya

Diterbitkan: 15 Oct 2024 1.43 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.48 PM
Kota Bharu, 15 Oktober 2024 - Polis Kelantan berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan dadah selepas merampas 5.59 juta biji atau 652.4 kilogram pil Yaba dan 2.6 kilogram dadah jenis Heroin bernilai RM49.17 juta di Jalan Pasir Mas-Salor, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-kelantan-tahan-lelaki-rampas-dadah-hampir-rm50-juta-bersamanya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:25 MYT
Kota Bharu, 15 Oktober 2024 - Polis Kelantan berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan dadah selepas merampas 5.59 juta biji atau 652.4 kilogram pil Yaba dan 2.6 kilogram dadah jenis Heroin bernilai RM49.17 juta di Jalan Pasir Mas-Salor, di sini.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan di sebuah rumah pada jam 9.05 minit malam Isnin minggu lalu itu turut menahan seorang lelaki berusia 32 tahun.

Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin, berkata serbuan dilakukan hasil risikan dilakukan pihaknya selain maklumat awam.

"Ketika serbuan dilakukan, suspek lelaki warga tempatan yang berperanan sebagai penghantar dadah berada dalam rumah berkenaan sebelum polis menemui sejumlah dadah diletakkan di ruang tamu rumah itu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 5.59 biji atau 652.4 kilogram pil Yaba dan 2.6 kilogram Heroin dianggarkan bernilai RM49 juta ada bersamanya.

"Kita turut menyita sebuah Perodua Myvi dan sebuah motosikal dianggarkan bernilai RM61,000," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kelantan-tahan...

ArtikelDiterbitkan 15 Oct 2024 1.43 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.48 PM