
Article
Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Gagalkan Cubaan Sindiket Sumbat 21 7kg Syabu Dalam Tong Gas Sebelum Seludup Ke Negara Jiran
Kuching, 19 Mac 2024 - Sindiket pengedaran dadah menggunakan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak berkuasa termasuk menyumbat bahan terlarang itu dalam ton...
Kuching, 19 Mac 2024 - Sindiket pengedaran dadah menggunakan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak berkuasa termasuk menyumbat bahan terlarang itu dalam tong gas sebelum ia diseludup menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin berkata, terdahulu dua lelaki ditahan dalam kereta di depan rumah terbabit sebelum serbuan ke dalam premis menemukan empat lagi suspek yang semuanya berusia antara 28 hingga 50 tahun.
"Pemeriksaan lanjut dalam rumah menemukan dadah jenis Methamphetamine seberat 21.7 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM716,000 yang dibalut dengan plastik lutsinar dan disumbat dalam dua tong gas iaitu 10 paket dalam setiap tong.
"Mengikut harga pasaran semasa, harga sekilogram Syabu adalah RM33,000, namun boleh mencecah antara tiga hingga lima kali ganda di negara jiran," katanya pada sidang media hari ini.
Dato’ Khaw berkata, pihaknya percaya dadah terbabit dibawa masuk dari Semenanjung untuk dihantar ke Batu Lintang di Sri Aman sebelum diseludup ke negara jiran.
"Suspek pertama didapati menerima upah RM20,000 daripada sindiket yang mula beroperasi antara dua hingga tiga bulan lalu untuk merekrut ahli baharu bagi menghantar dadah, sebelum mengupah lelaki lain RM3,000 untuk menghantar dadah ke sempadan di Sri Aman," katanya.
Selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM52,000, sejumlah barang kemas bernilai RM54,000 serta empat kenderaan menjadikan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM1.2 juta.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Jabatan Siasatan jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian Online.