Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Cekup Dua Beranak Dalang Sindiket Dadah Rm6 58 Juta

Published: 03 Sep 2020 8.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kangar, 3 September 2020 - Dua beranak bersama seorang remaja lelaki ditahan di Felda Rimba Emas, Padang Besar, selepas didapati mengetuai rangkaian sindiket pengedaran dadah syabu dan ganja bernilai RM6.58 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-cekup-dua-beranak-dalang-sindiket-dadah-rm6-58-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:24 MYT

Kangar, 3 September 2020 - Dua beranak bersama seorang remaja lelaki ditahan di Felda Rimba Emas, Padang Besar, selepas didapati mengetuai rangkaian sindiket pengedaran dadah syabu dan ganja bernilai RM6.58 juta.

Ketua Polis Perlis, SAC Dato’ Surina Saad, berkata penahanan suspek lelaki, 43, dan anak lelakinya berusia 16 tahun bersama rakan sebaya anaknya itu dilakukan di sebuah rumah pada jam 12.15 tengah malam kelmarin dan 2.45 pagi semalam.

Beliau berkata, turut ditemui di dalam rumah berkenaan sejumlah 100 kilogram ketulan mampat Ganja bersama 126 kilogram Syabu yang dimuatkan ke dalam lima karung guni dan 18 beg.

"Hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), dua beranak ini dengan dibantu seorang remaja disyaki bergiat aktif dalam rangkaian pengedaran dadah sejak awal tahun lalu.

"Ketika tangkapan dilakukan, dua remaja terbabit sedang menyusun dadah terbabit sebelum bapanya tiba di rumah dan ditahan di lokasi yang sama lebih dua jam kemudian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, hari ini.

Dato' Surina berkata, hasil ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek mendapati mereka positif syabu, namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Kesemua mereka direman tujuh hari bermula semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan," katanya.

Sumber: PDRM Perlis dan Berita Harian

Image may contain: 1 person, text that says 'ONTINJEN PERLIS SURINA BERITA 0 POLIS 川团 astro astro AWANI AWANI'

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 3 people, people standing
ArticlePublished 03 Sep 2020 8.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM