Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Bongkar Makmal Heroin Haram Rampas Dadah Rm5 78 Juta

Published: 18 Aug 2023 7.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kini sedang berlangsungnya Sidang Media Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang rentetan nahas pesawat ringan yang berlaku di Elmina Central Park, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-bongkar-makmal-heroin-haram-rampas-dadah-rm5-78-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:06 MYT
 
Georgetown, 18 Ogos 2023 - Polis membongkar operasi makmal haram memproses heroin dan merampas dadah bernilai RM5.78 juta melalui beberapa serbuan sekitar negeri ini pada Selasa dan Rabu lalu.

Dalam serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu, polis turut menahan dua lelaki berusia 42 dan 46 tahun bagi membantu siasatan.
Pengarah JSJN, Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din berkata, hasil operasi sama juga polis membongkar aktiviti penyeludupan pati Heroin dari negara jiran, sebelum diproses untuk pasaran tempatan.

"Modus operandi sindiket adalah menyeludup pati Heroin dari Thailand menggunakan laluan darat dan memprosesnya untuk pasaran tempatan.
"Sindiket dipercayai aktif sejak awal tahun ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Mengulas serbuan itu, beliau berkata suspek pertama berusia 46 tahun yang memandu sebuah kereta ditahan ketika kesesakan jalan raya di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, kira-kira jam 4 petang, sebelum disusuli penahanan suspek kedua di kawasan parkir sebuah pasa raya di Bukit Mertajam.

"Penahanan itu membawa kepada serbuan di sebuah unit kondominium di Tanjung Tokong jam 8 malam yang dipercayai dijadikan makmal pemprosesan dadah jenis Heroin.
"Turut dirampas pati Heroin seberat 65.38 kilogram (kg), Heroin (13.62kg) dan serbuk kafein (8.48kg) yang mana berdasarkan stok itu boleh digunakan 4.47 juta penagih jika dipasarkan," katanya.

Dato’ Sri Mohd Kamaruddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek yang juga penganggur direman tujuh hari sehingga 22 Ogos bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan harta) 1988 yang mana polis merampas kenderaan jenis Toyota Estima disyaki diperoleh hasil daripada jualan dadah.

"Siasatan masih diteruskan terhadap unit rumah kondominium itu sama ada disewa atau milik suspek, selain mengenal pasti ahli sindiket lain," katanya.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian Online.

ArticlePublished 18 Aug 2023 7.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM