Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Polis Bongkar Makmal Dadah 13 Ditahan Termasuk Tukang Masak Dadah

Published: 29 Apr 2024 11.55 AM Updated: 15 Aug 2026 8.17 PM
Kajang, 29 April 2024 - Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah dan menahan 13 ahli satu sindiket pengedaran bahan terlarang itu dalam tiga serbuan serentak sekitar Lembah Klang, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-polis-bongkar-makmal-dadah-13-ditahan-termasuk-tukang-masak-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:06 MYT
Kajang, 29 April 2024 - Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah dan menahan 13 ahli satu sindiket pengedaran bahan terlarang itu dalam tiga serbuan serentak sekitar Lembah Klang, Jumaat lalu.

Menerusi serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu, polis merampas 312.7 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM1.48 juta.
Pengarah JSJN, CP Dato' Khaw Kok Chin berkata, semua suspek membabitkan warga tempatan terdiri lapan lelaki dan lima wanita berusia antara 21 hingga 51 tahun
Beliau berkata, polis pada mulanya membuat pemeriksaan pada sebuah kereta jenis Honda City dipandu seorang lelaki di tepi jalan utama Lebuhraya Cheras-Kajang yang mana polis menemui 1,200 bungkusan disyaki dadah Heroin seberat 2.441kg.

"Polis seterusnya menyerbu sebuah rumah teres di Semenyih dan menjumpai 16 bungkusan plastik disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 7.31kg, satu bungkusan berisi bahan kimia disyaki dadah seberat 4.58kg serta lapan botol kaca bahan kimia disyaki dadah seberat 13.64kg.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-bongkar-makmal-dadah...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian

ArticlePublished 29 Apr 2024 11.55 AMUpdated 15 Aug 2026 8.17 PM