
Artikel
Hebahan Panggilan Pemeriksaan Dan Ujian Kecergasan Fizikal Konstabel Polis Gred Ya1 Awam Lelaki Dan Wanita Fasa 2 2024
Calon-calon yang telah mengisi permohonan dan menyemak status panggilan pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan dan larian 2.4 kilometer untuk jawatan Konstabel...
Calon-calon yang telah mengisi permohonan dan menyemak status panggilan pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan dan larian 2.4 kilometer untuk jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Awam (Lelaki dan Wanita) pada 16 Oktober hingga 3 November 2023 dikehendaki hadir ujian pemeriksaan fizikal mulai 6 hingga 21 Mei 2024 di lokasi yang telah ditetapkan.
Manakala bagi lokasi Pasukan Gerakan Am Semenyih, tarikh pemeriksaan diubah daripada 10 Mei 2024 (Jumaat) kepada 12 Mei 2024 (Ahad).
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi talian 03-2266 8347/8348/8350/8351 seperti yang tertera di laman Instagram dan Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM.
Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia