Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Pjsjn Hadir Mesyuarat The 5th Apicc General Meeting Dan The 30th Adlomico

Diterbitkan: 10 Nov 2023 10.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Busan, 10 November 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din telah mengetuai delegasi Malaysia menghadiri mesyuarat The 5th Asia Pacific International Coordination Centre (APICC) yang dirasmikan oleh Secretary General APICC, Mr. Kyoung-Sub Park dan The 30th Anti-Drug Liasion Officials Meeting International Cooperation (ADLOMICO) yang dirasmikan oleh Prosecutor General, Replubic of Korea, Mr. One-Seok Lee di sini, pada 6 hingga 8 November lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-pjsjn-hadir-mesyuarat-the-5th-apicc-general-meeting-dan-the-30th-adlomico
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:11 MYT
Busan, 10 November 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din telah mengetuai delegasi Malaysia menghadiri mesyuarat The 5th Asia Pacific International Coordination Centre (APICC) yang dirasmikan oleh Secretary General APICC, Mr. Kyoung-Sub Park dan The 30th Anti-Drug Liasion Officials Meeting International Cooperation (ADLOMICO) yang dirasmikan oleh Prosecutor General, Replubic of Korea, Mr. One-Seok Lee di sini, pada 6 hingga 8 November lalu.

Mesyuarat anjuran pihak Supreme Prosecutor Office, Republic of Korea yang dihadiri oleh 213 peserta terdiri daripada 27 negara itu telah diadakan di Paradise Hotel Busan, Korea.
Mesyuarat tersebut bertujuan berkongsi maklumat "trend" pengedaran dadah di rantau Asia.

Selain itu juga, perwakilan Malaysia turut diberi peluang untuk mengadakan ‘Bilateral Meeting’ bersama delegasi Korea yang diketuai oleh Director General of Narcotic and Organized Crime Department Supreme Prosecutor Office, Republic of Korea, Mr. Young-Bin Park.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin dan wakil Kastam Diraja Malaysia, Encik Noormad Razamussein Ismail.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

May be an image of 11 people and text that says '2న The 30th Anti-Drug Liaison Officials' Meeting for International Cooperation 7-8 November, 2023,

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 2 people and text that says '2023, BUSAN, KOREA'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 1 person and text that says 'Ⅲ The 30th ADLOMICO Drug-Free World Together, We can Paradise Hotel, Busan Nov. 7-8, 2023'
ArtikelDiterbitkan 10 Nov 2023 10.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM