Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kempen Potongan Caruman Bulanan Tabung Haji Bantu Warga Pdrm Simpan Tunaikan Haji

Diterbitkan: 10 Nov 2023 12.07 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 10 November 2023 – Sebagai usaha mengalakkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyimpan bagi menunaikan haji, pihak Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah melancarkan Kempen Potongan Caruman Bulanan Tabung Haji Warga PDRM.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kempen-potongan-caruman-bulanan-tabung-haji-bantu-warga-pdrm-simpan-tunaikan-haji
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:16 MYT
Kuala Lumpur, 10 November 2023 – Sebagai usaha mengalakkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyimpan bagi menunaikan haji, pihak Lembaga Tabung Haji dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah melancarkan Kempen Potongan Caruman Bulanan Tabung Haji Warga PDRM.

Majlis pelancaran kempen telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Tuan Syed Hamadah Syed Othman di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.

Melalui kempen tersebut warga PDRM dapat membuat caruman menerusi potongan gaji secara bulanan bagi mencapai hasrat untuk menunaikan haji di mana kos mengerjakan ibadah tersebut semakin meningkat saban tahun.

Berucap pada majlis tersebut, Tan Sri Razarudin yakin menerusi program seumpama ini ia dapat memberikan penerangan secara terus kepada warga PDRM khususnya para pelatih muda untuk menyediakan tabungan seawal mungkin bagi menunaikan haji.

"Besarlah harapan saya agar kempen ini dapat memberi kesedaran bukan sahaja kepada para pelatih, tetapi juga kepada seluruh warga Pasukan beragama Islam untuk bersama-sama mempersiapkan bekalan dari aspek kewangan untuk menjadi tetamu Allah kelak," ujar beliau.

Dalam majlis yang sama, Tabung Azam ke Baitullah (TABAH) turut diperkenalkan bagi warga PDRM yang masih belum menjadi pendeposit Tabung Haji dan belum membuat caruman bulanan melalui potongan gaji. Turut diadakan penyerahan "mock cheque" Wakalah Zakat Tabung Haji berjumlah RM500,000 kepada PDRM bagi tujuan menyediakan kenderaan ubah suai menjadi surau bergerak bagi kegunaan warganya.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Operasi Lembaga Tabung Haji, Hj. Mohamed Ameen Abdul Wahab, Timbalan Pengarah JIPS (Agama & Kaunseling) Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Muhammad Idzam Dato' Hj. Jaafar, para pegawai kanan PDRM, pegawai Lembaga Tabung Haji dan Urus Setia JIPS Bukit Aman.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery.

May be an image of clarinet and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of ‎8 people, dais and ‎text that says '‎TH SUMBANGAN CSR ZAKAT TH ۔(PD kepada Diraja Malaysia (PDRM) RM500,000.00 UNTUK KENDERAAN S

May be an image of 4 people, dais and text


ArtikelDiterbitkan 10 Nov 2023 12.07 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM