Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Pil Ekstasi Eramin 5 Bernilai Rm3 2 Juta Dirampas Penjual Ikan Ditahan

Published: 22 May 2023 1.12 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 Mei 2023 - Polis menahan seorang penjual ikan yang menjadikan kereta mewah dan banglo miliknya sebagai stor menyimpan dadah, dalam satu operasi di Selayang, Khamis lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-pil-ekstasi-eramin-5-bernilai-rm3-2-juta-dirampas-penjual-ikan-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:33 MYT
Kuala Lumpur, 22 Mei 2023 - Polis menahan seorang penjual ikan yang menjadikan kereta mewah dan banglo miliknya sebagai stor menyimpan dadah, dalam satu operasi di Selayang, Khamis lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Shuhaily Mohd Zain berkata dalam operasi dari pukul 8.20 hingga 10.40 malam itu, polis merampas pil Eramin 5 dan Ekstasi seberat 77 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM3.2 juta daripada lelaki berusia 41 tahun itu.
Beliau berkata dalam serbuan pertama, polis menahan lelaki berkenaan di sebuah kondominium di Selayang dan menemukan 10 biji pil Ekstasi disembunyikan dalam beg silang dibawanya.
"Susulan soal siasat, polis dibawa ke sebuah kereta jenis Mercedez Benz dipercayai miliknya yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta di kondominium berkenaan dan menemukan pil Eramin 5 serta Ekstasi seberat 20 kg yang disembunyikan dalam bonet kereta itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Polis KL dan BERNAMA

ArticlePublished 22 May 2023 1.12 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM