Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Pga Rampas 495kg Syabu Bernilai Lebih Rm17 8 Juta

Published: 07 Mar 2023 2.26 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Kontinjen Kelantan dan Berita Harian Online
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-pga-rampas-495kg-syabu-bernilai-lebih-rm17-8-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:46 MYT
Pasir Mas, 7 Mac 2023 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 495 kilogram (kg) dadah jenis Syabu bernilai lebih RM17.8 juta dalam kejadian di Kampung Pohon Buluh, Kelantan di sini, jam 8.30 malam semalam.

Ketua Polis Kelantan Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun berkata, ketika kejadian anggota Batalion 9 PGA yang sedang membuat rondaan, terserempak sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih yang ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota PGA bertindak membuat pemeriksaan sebelum menemui banyak bungkusan guni yang diletakkan di bahagian dalam kenderaan, selain tempat duduk penumpang juga sudah diubah suai.

"Hasil pemeriksaan terperinci mendapati terdapat paket-paket kecil dengan logo jenama kopi di dalam guni berkenaan yang mana diisi dengan dadah jenis Syabu disyaki dibawa seludup dari negara jiran.
"Pihak kami percaya, kenderaan terbabit ditinggalkan di tepi jalan susulan suspek menerima informasi akan kehadiran pihak berkuasa dan bertindak melarikan diri meninggalkan barangan berkenaan.

"Selain itu, hasil rampasan dadah ini didapati boleh digunakan oleh seramai lebih 4.9 juta penagih dadah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini, hari ini.
Dato' Muhamad Zaki berkata, kenderaan dan kesemua barangan dirampas, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-rampas-495kg-syabu...

Sumber: Polis Kontinjen Kelantan dan Berita Harian Online

ArticlePublished 07 Mar 2023 2.26 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM