Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Perangi Dadah Mesyuarat Khas Ketua Polis Negara Bersama Jsjn

Diterbitkan: 15 Oct 2021 11.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Dalam pertemuan itu, Dato’ Sri Acryl Sani menyeru agar JSJN terus mengekalkan momentum kejayaan dalam melawan ancaman musuh nombor satu negara yang telah membelenggu negara selama ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-perangi-dadah-mesyuarat-khas-ketua-polis-negara-bersama-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:30 MYT
Kuala Lumpur, 15 Oktober 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi memerangi dadah bertempat di Kompleks Narkotik, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Dalam pertemuan itu, Dato’ Sri Acryl Sani menyeru agar JSJN terus mengekalkan momentum kejayaan dalam melawan ancaman musuh nombor satu negara yang telah membelenggu negara selama ini.

CP Dato’ Razarudin Husain selaku Pengarah JSJN turut menyampaikan taklimat bertajuk Ancaman Dadah dari Perspektif Keselamatan Negara, pencapaian JSJN dan isu-isu dadah semasa.

Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, Timbalan Pengarah JSJN (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), DCP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Pengarah JSJN (Risikan/Operasi), DCP Tuan Zainudin Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

ArtikelDiterbitkan 15 Oct 2021 11.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM