Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN HADIR MESYUARAT TIGA HALA (TRILATERAL) DAN KUMPULAN KERJA BERSAMA BKN BRUNEI DARUSSALAM SERTA CNB SINGAPURA

Diterbitkan: 23 Jun 2023 1.49 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.24 PM
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-pengarah-jsjn-hadir-mesyuarat-tiga-hala-trilateral-dan-kumpulan-kerja-bersama-bkn-brunei-darussalam-serta-cnb-singapur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:26 MYT
#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN HADIR MESYUARAT TIGA HALA (TRILATERAL) DAN KUMPULAN KERJA BERSAMA BKN BRUNEI DARUSSALAM SERTA CNB SINGAPURA
Laman Utama / Artikel / #WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN HADIR MESYUARAT TIGA HALA (TRILATERAL) DAN KUMPULAN KERJA BERSAMA BKN BRUNEI DARUSSALAM SERTA CNB SINGAPURA
Kembali ke Pustaka
Artikel

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJN HADIR MESYUARAT TIGA HALA (TRILATERAL) DAN KUMPULAN KERJA BERSAMA BKN BRUNEI DARUSSALAM SERTA CNB SINGAPURA

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Bandar Seri Begawan, 23 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghadiri Mesyuarat Tiga Hala (Trilateral) dan Kumpulan Kerja bersama Biro Kawalan Narkotik (BKN), Brunei Darussalam serta Central Narcotics Bureau (CNB), Singapura di sini, bermula 19 hingga 21 Jun lalu.

Mesyuarat itu diadakan bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama di antara tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura dalam usaha memerangi permasalahan dadah, di samping menekankan perkongsian maklumat risikan bagi membantu menangani masalah tersebut.
Hasil pertemuan itu, ketiga-tiga buah negara bersetuju agar tindakan drastik dapat diambil bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah sehingga ke akar umbi, menggunakan beberapa mekanisme perkongsian maklumat dan risikan yang telah dipersetujui bersama pihak BKN Brunei Darussalam dan CNB Singapura.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, DCP Zainudin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, ACP R. Azizan Ibrahim dan Ketua JSJN Sarawak, ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah.

ArtikelDiterbitkan 23 Jun 2023 1.49 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.24 PM