Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Mesyuarat Tiga Hala Trilateral Dan Kumpulan Kerja Bersama Bkn Brunei Darussalam Serta Cnb Singapur

Published: 23 Jun 2023 1.49 PM Updated: 15 Aug 2026 8.24 PM
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-pengarah-jsjn-hadir-mesyuarat-tiga-hala-trilateral-dan-kumpulan-kerja-bersama-bkn-brunei-darussalam-serta-cnb-singapur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:26 MYT
Waragainstdrugs Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Mesyuarat Tiga Hala Trilateral Dan Kumpulan Kerja Bersama Bkn Brunei Darussalam Serta Cnb Singapur
Home / Article / Waragainstdrugs Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Mesyuarat Tiga Hala Trilateral Dan Kumpulan Kerja Bersama Bkn Brunei Darussalam Serta Cnb Singapur
Back to Library
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Mesyuarat Tiga Hala Trilateral Dan Kumpulan Kerja Bersama Bkn Brunei Darussalam Serta Cnb Singapur

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Bandar Seri Begawan, 23 Jun 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghadiri Mesyuarat Tiga Hala (Trilateral) dan Kumpulan Kerja bersama Biro Kawalan Narkotik (BKN), Brunei Darussalam serta Central Narcotics Bureau (CNB), Singapura di sini, bermula 19 hingga 21 Jun lalu.

Mesyuarat itu diadakan bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama di antara tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura dalam usaha memerangi permasalahan dadah, di samping menekankan perkongsian maklumat risikan bagi membantu menangani masalah tersebut.
Hasil pertemuan itu, ketiga-tiga buah negara bersetuju agar tindakan drastik dapat diambil bagi melumpuhkan sindiket pengedaran dadah sehingga ke akar umbi, menggunakan beberapa mekanisme perkongsian maklumat dan risikan yang telah dipersetujui bersama pihak BKN Brunei Darussalam dan CNB Singapura.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, DCP Zainudin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, ACP R. Azizan Ibrahim dan Ketua JSJN Sarawak, ACP Mustafa Kamal Gani Abdullah.

ArticlePublished 23 Jun 2023 1.49 PMUpdated 15 Aug 2026 8.24 PM