
Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Pdrm Galas Tanggungjawab Terus Perangi Jenayah Di Musim Perayaan
Putrajaya, 13 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan cubaan pengedar dadah untuk menyeludup dadah ke negara jiran pa...
Putrajaya, 13 Mei 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan cubaan pengedar dadah untuk menyeludup dadah ke negara jiran pada malam Aidilfitri.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, CP Dato' Razarudin Husain berkata, dua cubaan menyeludup dadah ke negara jiran ditumpaskan di Melaka dan Muar, Johor semalam.
"Pengedar dadah ini sentiasa mencari peluang, di Melaka pihak JSJN menangkap dua lelaki yang datang dari Johor cuba menyeludup dadah jenis Syabu seberat 100.4 kilogram (kg), manakala di Muar PPM berjaya menahan seorang lelaki dan merampas 84kg Syabu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan ke sekatan jalan raya (SJR) di sini hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../polis-tumpas-cubaan-seludup...
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Harian Metro



