Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Op Tapis Bersepadu Polis Kelantan Tahan 301 Penagih Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm800 000

Published: 15 Aug 2022 2.28 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 14 Ogos 2022 - Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM800,000 dan menahan 301 penagih serta pengedar melalui Op Tapis Bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di negeri ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-op-tapis-bersepadu-polis-kelantan-tahan-301-penagih-rampas-dadah-bernilai-lebih-rm800-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:30 MYT
Kota Bharu, 14 Ogos 2022 - Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM800,000 dan menahan 301 penagih serta pengedar melalui Op Tapis Bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di negeri ini.

Melalui operasi tiga hari berakhir semalam yang turut dibantu Pasukan Zon 1 Bukit Aman itu, polis turut turut menyita pelbagai kenderaan dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM76,000.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki Harun, mengesahkan kejayaan op berkenaan dengan keseluruhan dadah dirampas dalam serbuan tiga hari itu dianggar boleh menampung kegunaan 70,125 penagih.

Mengulas lanjut, katanya melalui op berkenaan pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 53 dan 34 tahun kerana disyaki memiliki dadah jenis Ganja, Heroin, pil Psikotropik dan pil Erimin bernilai RM27,780.

"Mereka ditahan ketika serbuan di sebuah rumah di Jalan JKR di Pasir Mas, kira-kira jam 6.00 petang kelmarin.

"Kedua-dua suspek juga positif dadah jenis Methampethamine selain masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

"Susulan itu, pihak kami menyerbu sebuah lagi rumah di Jalan Raja Perempuan Zainab II di Kampung Padang Demit, di sini, kira-kira jam 7.00 malam semalam, di mana pelbagai jenis dadah bernilai RM499,832 ditemukan," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) di sini, hari ini.

Dato’ Muhamad Zaki berkata, kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga 19 Ogos ini untuk tindakan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.


Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-kelantan-tahan-301...

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

ArticlePublished 15 Aug 2022 2.28 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM