Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Mesyuarat Dua Hala Kali Ke 41 Dan Kumpulan Kerja Di Antara Jsjn Pdrm Dengan Oncb Thailand

Diterbitkan: 27 Sep 2023 3.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 27 September 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din telah mempengerusikan Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-41 di antara JSJN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Office of Narcotics Control Board (ONCB), Thailand bertempat di Hotel Melia, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-mesyuarat-dua-hala-kali-ke-41-dan-kumpulan-kerja-di-antara-jsjn-pdrm-dengan-oncb-thailand
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:28 MYT
Kuala Lumpur, 27 September 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din telah mempengerusikan Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-41 di antara JSJN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Office of Narcotics Control Board (ONCB), Thailand bertempat di Hotel Melia, di sini, semalam.
Mesyuarat tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama Malaysia-Thailand dalam usaha memerangi permasalahan dadah, di samping memberi penekanan berkaitan aspek perkongsian maklumat risikan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyeludupan yang melibatkan sindiket dadah di kedua-dua negara.
Sementara itu, pihak ONCB, Thailand turut berkongsi beberapa isu berkaitan dengan situasi dadah di negara Thailand khususnya berkaitan penyeludupan dadah dari kawasan "Golden Triangle" dan cadangan kerjasama dengan pihak JSJN, PDRM dalam meningkatkan lagi usaha-usaha pembanterasan dadah di sempadan negara.
Dato’ Sri Mohd Kamarudin juga menzahirkan penghargaan kepada pihak ONCB, Thailand atas sokongan serta kerjasama berterusan yang diberikan kepada JSJN, PDRM.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/ Perundangan / Tahanan),JSJN, Bukit Aman, DCP Datuk Hj. Hamzah Hj. Ahmad, Deputy Secretary General NCB, Mr. Thanakorn Kaiyanunta, Commander Narcotics Intelligence Division, Narcotic Suppression Bureau, Royal Thai Police, Major General Somkit Pumwaree, Director of Narcotics Law Enforcement NCB, Mr. Prin Mekanandha, Director Office of The Narcotics Bureau Region 9, ONCB, Mr. Phongsathorn Thammachad dan barisan Ketua Penolong Pengarah JSJN, Bukit Aman serta delegasi ONCB.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

ArtikelDiterbitkan 27 Sep 2023 3.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM