Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Jangan Keluarkan Fatwa Baharu Rasuah Tetap Haram Timbalan Kpn

Diterbitkan: 27 Sep 2023 2.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cyberjaya, 27 September 2023 - “Jangan keluarkan fatwa baharu. Dalam apa keadaan sekali pun, kita tidak boleh makan rasuah,” kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrmtolakrasuah-keratan-akhbar-pilihan-jangan-keluarkan-fatwa-baharu-rasuah-tetap-haram-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:32 MYT
Cyberjaya, 27 September 2023 - “Jangan keluarkan fatwa baharu. Dalam apa keadaan sekali pun, kita tidak boleh makan rasuah,” kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurutnya, apa sahaja terma yang ditakrifkan sama ada sedekah atau derma, namun jika terkait amalan rasuah ia tetap haram.
“Tak payahlah kita nak bagi fatwa lain. Ini derma ini sedekah, tiada derma tiada sedekah dan haram tetap haram,” katanya ketika berucap pada Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023 di sini, semalam.

Katanya, beliau tidak akan bertolak ansur dalam soal integriti dan mana-mana individu yang terbabit dalam amalan rasuah akan ditangkap, dituduh di mahkamah dan dikenakan tindakan tatatertib.

Dato’ Sri Ayob berkata, isu integriti perlu diberikan keutamaan paling tinggi oleh setiap penjawat awam barulah isu-isu lain berkait rasuah dan salah guna kuasa dapat diatasi.
Menurutnya, setiap penjawat awam juga perlu tegas, berani dan konsisten dalam setiap tugasan serta tanggungjawab yang diamanahkan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 27 Sep 2023 2.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM