Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Malaysia Sita Rm990 Juta Harta Berkaitan Jenayah Dadah Sejak 2019 Mdn

Diterbitkan: 15 Mar 2024 3.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Mac 2024 - Malaysia berjaya membanteras jenayah berkaitan dadah bernilai RM990 juta (USD210 juta) sejak 2019, kata Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-malaysia-sita-rm990-juta-harta-berkaitan-jenayah-dadah-sejak-2019-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:31 MYT
Kuala Lumpur, 15 Mac 2024 - Malaysia berjaya membanteras jenayah berkaitan dadah bernilai RM990 juta (USD210 juta) sejak 2019, kata Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, menyedari kaitan antara pengedaran dadah, rasuah dan lain-lain bentuk jenayah terancang, Malaysia kekal teguh dalam melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman berkenaan melalui langkah penguatkuasaan undang-undang yang ketat.

"Selain itu, agensi penguatkuasaan undang-undang kita telah berjaya membongkar 98 makmal sulit dan menahan 351 individu yang terbabit dalam kegiatan haram itu.
"Kita juga telah mencapai kemajuan ketara sejak lima tahun lalu, tetapi masih banyak kerja yang perlu dilakukan," katanya pada Segmen Peringkat Tertinggi Suruhanjaya Mengenai Narkotik Dadah ke-67 Pejabat Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) di Vienna, Austria pada Khamis.

Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, dalam mengawal pengedaran dadah dan bahan psikotropik, sebanyak 16,865 kebenaran import dan eksport atau permit telah dikeluarkan sejak 2020 hingga tahun lepas.
"Penemuan makmal analisis mengenai pengesanan bahan baharu berfungsi sebagai asas untuk mengawal selia bahan-bahan berkaitan di bawah undang-undang negara kita," katanya.

Beliau berkata pendekatan proaktif dalam menangani cabaran disebabkan kemunculan ubat baharu dan bahan psikoaktif baharu (NPS), selain memastikan langkah kawalan mantap dapat disediakan bagi mengurangkan perluasan dadah dan bahaya yang mungkin timbul.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../malaysia-sita-rm990-juta...

Sumber: Saifuddin Nasution Ismail dan Harian Metro.

ArtikelDiterbitkan 15 Mar 2024 3.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM