Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Al Fatihah Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Akan Dikebumi Di Sibu

Diterbitkan: 15 Mar 2024 11.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuching, 15 Mac 2024 - Jenazah anggota polis, Allahyarham Konstabel Iskandar Ibrahim yang lemas dalam kejadian bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit pada 7 Mac lalu dijangka tidak akan dibawa balik ke Kelantan, sebaliknya akan dikebumikan di Sibu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-artikel-pilihan-al-fatihah-jenazah-allahyarham-konstabel-iskandar-akan-dikebumi-di-sibu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:34 MYT
Kuching, 15 Mac 2024 - Jenazah anggota polis, Allahyarham Konstabel Iskandar Ibrahim yang lemas dalam kejadian bot karam di Sungai Batang Baleh, Kapit pada 7 Mac lalu dijangka tidak akan dibawa balik ke Kelantan, sebaliknya akan dikebumikan di Sibu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata berkata, itu keputusan awal hasil perbincangan dengan keluarga mangsa.
"Setakat ini, hasil perbincangan dengan keluarga Allahyarham iaitu isteri serta ibu bapanya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang di Sibu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat Allahyarham Konstabel Iskandar, 28, ditemukan selepas sembilan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.
Mayat mangsa ditemukan terapung oleh orang awam pada 11.30 pagi tadi di kawasan Teluk Seputin yang dianggarkan tujuh kilometer di hilir lokasi bot karam.
Mayat mangsa kini ditempatkan di Hospital Kapit sementara menunggu proses bedah siasat yang akan diadakan pada Isnin depan.

Dato Mancha berkata, Polis Kontinjen Sarawak sedih dengan pemergian Allahyarham Iskandar serta seorang lagi anggota, Mendiang Sarjan Jonathan Lambet yang komited dan berintegriti dalam menjalankan tugas.
"Kami amat sedih atas kehilangan dua anggota sekali gus dalam insiden bot karam ketika mengiringi bahan letupan bagi membina projek jalan akses ke Empangan Hidro Elektrik Baleh.

"Saya mewakili warga Polis Kontinjen Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan mendiang," katanya.

Berita lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../jenazah-konstabel-iskandar...

Sumber: Harian Metro

Biarjasajadikenangan Artikel Pilihan Al Fatihah Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Akan Dikebumi Di Sibu
ArtikelDiterbitkan 15 Mar 2024 11.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM