Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai Rm4 6 Juta Enam Pistol Di Pulau Pinang

Published: 27 May 2024 7.30 AM Updated: 15 Aug 2026 8.11 PM
Georgetown, 27 Mei 2024 - Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah selepas menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.6 juta bersama enam pistol serta 100 butir peluru dalam serbuan, di sini Jumaat dan Sabtu lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-lelaki-ditahan-bersama-dadah-bernilai-rm4-6-juta-enam-pistol-di-pulau-pinang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:40 MYT
Georgetown, 27 Mei 2024 - Polis berjaya membongkar makmal memproses dadah selepas menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.6 juta bersama enam pistol serta 100 butir peluru dalam serbuan, di sini Jumaat dan Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Khaw Kok Chin berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak dua minggu lepas, polis menahan lelaki berusia 38 tahun itu di persimpangan Jalan Changkat Sungai Ara, dekat sini kira-kira 5.30 petang.

Beliau berkata lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan memproses dan mengedar dadah itu ditahan dalam sebuah kereta jenis Honda HRV, namun pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang dadah bersamanya.

"Polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah teres tiga tingkat di kawasan perumahan mewah di Taman Hijauan Setia, di Sungai Ara dan mendapati kediaman itu dijadikan makmal memproses dadah jenis Heroin," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datuk Hamzah Hj. Ahmad.

Hasil pemeriksaan di rumah itu, beliau berkata polis merampas 42 bungkusan Heroin seberat 13,839 gram (g), Heroin Base 376g, Kafein 93,874g di samping bahan kimia serta pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Bernama

ArticlePublished 27 May 2024 7.30 AMUpdated 15 Aug 2026 8.11 PM