Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Ketua Sindiket Antara 14 Ditahan Dadah Rm11 6 Juta Dirampas

Published: 01 Jun 2024 7.50 AM Updated: 15 Aug 2026 8.09 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Khaw Kok Chin berkata dua lelaki tempatan, enam lelaki warga asing dan enam perempuan warga asing berumur lingkungan 22 dan 52 tahun itu, ditahan antara pukul 3.40 petang dan 8.30 malam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-ketua-sindiket-antara-14-ditahan-dadah-rm11-6-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:50 MYT
Johor Bahru, 1 Jun 2024 - Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM11.6 juta, dalam tujuh serbuan di sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Khaw Kok Chin berkata dua lelaki tempatan, enam lelaki warga asing dan enam perempuan warga asing berumur lingkungan 22 dan 52 tahun itu, ditahan antara pukul 3.40 petang dan 8.30 malam.

“Dalam operasi ini, JSJN Kontinjen Johor berjaya membongkar tempat memproses dan pembungkusan dadah serta merampas pelbagai dadah iaitu Serbuk dan Pil Ekstasi, Syabu, Ketamin, Pil Erimin 5, "Methylenedioxymethamphetamine" serta bahan-bahan kimia untuk memproses dadah itu.

“Anggaran berat bagi kesemua dadah yang dirampas ialah 198.54 kilogram dan dadah tersebut boleh digunakan seramai 1.24 juta penagih dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan antara taktik sindiket terbabit ialah membungkus dadah dalam bungkusan jus minuman selain mencetak dadah seperti ubat-ubatan termasuk ubat tahan sakit bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Bernama

May be an image of 4 people, dais, newsroom and text that says 'nCPHATO4 DATOKHAW PUATO'KHAWKOKCHIN DATO' KOK CHIN PENGARANUABATANSASATANJEWAPNAK

May be an image of 2 people and text that says '01 JUN 2024 [SABTU] DEWAN V 'ONN, IBINTABATPC IBI JABAT PC NTINJEN JOHO KUMAR C.KHAW BA astro AWANI BE

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text that says 'KOЛ 'DRN'

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text that says 'SERBUAN 1 SERBUAN 2 JOHOR JAYA RPT: 528224 SERBUAN 3 JOHOR JAYA RPT: 5286/24 JOHOR JAYA RPT: 5276/24 GUCCI

May be an image of 4 people, dais and text that says 'SERBUAN 1 JOHOR JAYA RPT: 5282/24 COUN GUCCI আ्ম オト'

May be an image of 1 person, dais and text that says 'JABATANSIASATAN JABATAN SIASATAN AnKOTИK LEu 山控 ፡ UILATIA SIDANG MEDIA IBUPEJABAT POLIS KONTIN

May be an image of 1 person and text

May be an image of candy, baked beans and text

May be an image of book, measuring stick and text

May be an image of jewelry and text


ArticlePublished 01 Jun 2024 7.50 AMUpdated 15 Aug 2026 8.09 PM