
Article
Waragainstdrugs Posting Pilihan Jsjn Tumpaskan Tiga Sindiket Vape Dadah Rampasan Lebih Rm45 6 Juta
Kuala Lumpur, 29 Julai 2026 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan tiga sindiket pengedaran vape mengandungi dadah sintetik menerusi...
Kuala Lumpur, 29 Julai 2026 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan tiga sindiket pengedaran vape mengandungi dadah sintetik menerusi tiga operasi khas dengan penahanan 14 individu di sekitar Lembah Klang dan Selangor membabitkan rampasan lebih RM45.6 juta.
Operasi itu dilaksanakan susulan terdapat kes tujuh pelajar sekolah menengah di Sentul yang ditemui tidak sedarkan diri selepas mengambil vape mengandungi dadah sintetik pada 22 Julai lalu.
Modus operandi sindiket adalah dengan mengimport bekalan dadah termasuk alatan vape secara dalam talian dari luar negara sebelum membuat ikrar borang palsu kononnya barangan itu adalah aksesori dan jus buah selepas diseludup dalam kontena.
Pengarah JSJN, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, ancaman penyalahgunaan vape yang disyaki mengandungi cecair dadah kini menjadi cabaran baharu dalam landskap jenayah dadah negara.
"Fenomena ini amat serius dan memerlukan tindakan tegas bagi mengekang penularan vape mengandungi dadah dalam kalangan masyarakat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../jsjn-tumpaskan-3-sindiket...