
Artikel
Biarjasajadikenangan Posting Pilihan Tindakan Prihatin Anggota Balai Polis Ltsaas Ringankan Kesulitan Orang Awam
Penghargaan buat anggota dari Balai Polis Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) iaitu Koperal Mohd Akmal Abdullah dan Lans Koperal Muhammad Saniy Ab...
Penghargaan buat anggota dari Balai Polis Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) iaitu Koperal Mohd Akmal Abdullah dan Lans Koperal Muhammad Saniy Abd Wahab atas tindakan prihatin membantu seorang lelaki yang mengalami penyakit Parkinson ketika hendak ke tempat kerja di tepi jalan menghala LTSAAS, Subang, Selangor, pagi semalam.
Lelaki berkenaan dipercayai berada dalam keadaan panik dan menghadapi kesukaran untuk meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya. Menyedari keadaan tersebut, kedua-dua anggota berkenaan segera tampil menghulurkan bantuan demi memastikan keselamatan dan kebajikan individu terbabit.
Hasil keprihatinan yang ditunjukkan, lelaki tersebut telah selamat dihantar ke tempat kerjanya di Malaysia University of Science and Technology.
Terima kasih atas keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan dalam membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang, selaras dengan aspirasi Polis Diraja Malaysia yang sentiasa mengutamakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat.