Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Jsjn Bukit Aman Jalankan Op Pusat Hiburan Pada Malam Tahun Baharu

Diterbitkan: 03 Jan 2023 3.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Januari 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN) menjalankan Op Pusat Hiburan di sebuah pusat hiburan di ibu negara malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-jsjn-bukit-aman-jalankan-op-pusat-hiburan-pada-malam-tahun-baharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:16 MYT
Kuala Lumpur, 1 Januari 2023 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN) menjalankan Op Pusat Hiburan di sebuah pusat hiburan di ibu negara malam tadi.

Dalam operasi bersama sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, seramai 155 individu diperiksa, manakala sembilan telah ditahan dan tiga daripadanya merupakan pembekal dadah.

Pelbagai jenis dadah turut dirampas dengan nilai rampasan berjumlah RM9,100.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952, Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 serta Seksyen 55B/39b Akta Imigresen 1959/63.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pengedaran dadah, sila salurkan ke Hotline JSJN di talian 012-2087222.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

May be an image of 5 people

May be an image of 3 people, people sitting and indoor

No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 03 Jan 2023 3.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM