Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Posting Pilihan Homestay Jadi Transit Edar Dadah Bernilai Lebih Rm3 4 Juta

Diterbitkan: 07 May 2023 12.08 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan di sebuah inap desa (homestay) pada jam 8.45 malam hingga 10 malam itu, pihaknya menahan lima suspek lelaki berkenaan yang berusia 23 hingga 53 tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-homestay-jadi-transit-edar-dadah-bernilai-lebih-rm3-4-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:56 MYT
Pontian, 7 Mei 2023 - Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru dengan dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) daerah Tangkak serta Pontian berjaya menahan lima suspek berkaitan dadah di daerah ini pada 4 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan di sebuah inap desa (homestay) pada jam 8.45 malam hingga 10 malam itu, pihaknya menahan lima suspek lelaki berkenaan yang berusia 23 hingga 53 tahun.

"Empat darinya warga tempatan dan seorang warganegara asing, selain itu dua suspek positif dadah dan seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Katanya, modus operandi sindiket pengedaran dengan menjadikan "homestay" sebagai transit pengedaran dadah ke negara jiran dengan melalui jalan laut.

"Dipercayai kegiatan pengedaran dadah ini sudah aktif beroperasi sejak Januari 2023.
"Pelbagai jenis dadah termasuk 62 peket Syabu seberat 64.89 kilogram (kg) bernilai RM2,141,667 dan 58,626 biji pil Ekstasi seberat 17.58 kg bernilai RM1,290,59.20," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, di sini, hari ini.

Dato' Kamarul Zaman berkata, semua dadah itu dibungkus dalam bekas minuman dan boleh digunakan seramai 382,896 penagih.

Katanya lagi, selain itu empat buah motokar pelbagai jenama bernilai RM129,000, sebuah motosikal bernilai RM8,000 dan dua buah bot fiber berserta enjin bernilai RM110,000 disita, selain itu wang tunai RM1,790 dan wang negara asing bernilai SGD (RM70.29) turut dirampas.

"Jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dan sitaan bernilai RM3,681,486.49.

"Semua dadah yang dirampas dipercayai akan dihentar ke negara jiran," katanya.

Katanya, kesemua suspek direman selama 7 hari bermula 5 Mei dan disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../homestay-jadi-transit-edar...

Sumber: Polis Johor dan Harian Metro

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 4 people and text that says 'asto SID KETUA IBU PEJ IPD PONTIAN'

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 3 people, boat and text

May be an image of 5 people, television and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 07 May 2023 12.08 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM