Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Dua Sindiket Edar Dadah Tumpas Rampasan Lebih Rm19 Juta

Published: 04 Aug 2025 8.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 4 Ogos 2025 - Polis menumpaskan dua sindiket dadah jenis Syabu, Ketamin dan Bunga Ganja dalam serbuan berasingan di dua unit kediaman sekitar ibu negara, 29 Julai lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-dua-sindiket-edar-dadah-tumpas-rampasan-lebih-rm19-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:00 MYT
Kuala Lumpur, 4 Ogos 2025 - Polis menumpaskan dua sindiket dadah jenis Syabu, Ketamin dan Bunga Ganja dalam serbuan berasingan di dua unit kediaman sekitar ibu negara, 29 Julai lalu.

Dalam kedua-dua serbuan ini, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas dadah bernilai RM19.26 juta yang sedia diedar ke pasaran tempatan dan negara jiran.

Pengarah JSJN, CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata dalam serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun di sebuah rumah teres di Taman Sri Hartamas pada jam 2.10 petang.

"Polis merampas 225 bungkusan plastik mengandungi dadah Syabu seberat 234 kilogram (kg) dan 200 bungkusan plastik dadah Ketamin anggaran berat 205.7kg dianggar bernilai RM17.78 juta.

"Siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan dibayar RM7,000 sebulan oleh sindiket pengedaran dadah. Dia menerima arahan untuk menghantar dadah sekiranya ada permintaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,

Sumber: Berita Harian dan Polis KL

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people and text that says 'SIDANG MEDIA YDH CP DATO' HUSSEIN OMAR KHAN PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK POLIS DIRAJA MA

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 5 people and text that says 'SIDANG SIDANGMEDIA MEDIA YDH DATO HUSSEIN OMAR KHAN PENGARAH JABATANSIASATANJEMAYAHNARKOTI SIASATAN ENAYAH
ArticlePublished 04 Aug 2025 8.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM