
Artikel
Waragainstdrugs Posting Pilihan Dadah Rm5 88 Juta Dirampas Tiga Lelaki Ditahan
Kuala Lumpur, 13 September 2024 - Polis menahan tiga anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas lebih 153 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dianggarkan be...
Kuala Lumpur, 13 September 2024 - Polis menahan tiga anggota sindiket pengedaran dadah dan merampas lebih 153 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM5.88 juta dalam serbuan di sekitar ibu negara, kelmarin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin, berkata terdahulu polis menahan suspek yang berada dalam kenderaan di pekarangan kondominium itu, sebelum dia menunjukkan unit kediaman yang dijadikan stor dadah.
Ketika tangkapan, katanya, dadah disyaki Ganja seberat 182.9 gram (g) ditemui dalam beg sandang suspek yang bekerja sebagai penjaga stor, selain polis turut merampas kunci bagi unit kediaman yang dijadikan tempat penyimpanan bahan terlarang itu.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../dadah-rm588-juta-dirampas...