Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Posting Pilihan Bukit Aman Rampas Dadah Lebih Rm25 Juta Di Selangor Kedah

Published: 03 Jun 2022 1.13 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Polis Diraja Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah seberat 696 kilogram (kg) bernilai RM25.35 juta dalam serbuan di Selangor dan Kedah pada Khamis serta awal pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-posting-pilihan-bukit-aman-rampas-dadah-lebih-rm25-juta-di-selangor-kedah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:05 MYT
Kuala Lumpur, 3 Jun 2022 - Polis Diraja Malaysia menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah seberat 696 kilogram (kg) bernilai RM25.35 juta dalam serbuan di Selangor dan Kedah pada Khamis serta awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pada serbuan pertama di sekitar Selangor pukul 2.30 pagi Khamis, polis merampas dadah jenis Syabu seberat 404.3 kg, Heroin (7.7 kg) dan Pil Ekstasi (35.3 kg) yang dianggarkan bernilai RM16.4 juta.

"Selain itu, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah bagi pasaran antarabangsa dan tempatan," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam serbuan awal pagi tadi di Kedah dan Selangor, Dato' Ayob Khan berkata pihaknya menahan tiga lelaki dan seorang perempuan berumur lingkungan 25 hingga 39 tahun yang dipercayai terlibat aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah bagi pasaran tempatan.

Katanya dalam serbuan itu, polis merampas 248.7 kg dadah jenis Syabu yang dianggarkan bernilai RM8.95 juta.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
ArticlePublished 03 Jun 2022 1.13 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM