
Artikel
Waragainstdrugs Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Wanita Ditahan Cuba Sogok Polis Rm21 Ribu Lepaskan Tunang
Kuala Lumpur, 14 Ogos 2021 - Terdesak mahu melepaskan tunang dicekup polis kerana kesalahan dadah, seorang wanita turut ditahan kerana cuba menyogok anggota pi...
Kuala Lumpur, 14 Ogos 2021 - Terdesak mahu melepaskan tunang dicekup polis kerana kesalahan dadah, seorang wanita turut ditahan kerana cuba menyogok anggota pihak berkuasa.
Terdahulu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul diketuai Inspektor Liaw Ken Yeh menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Tuan Beh Eng Lai berkata, suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi di sebuah kawasan perumahan di Jalan 1/2B Off Jalan Ipoh itu ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.
"Hasil pemeriksaan ke atas kereta dibawa suspek itu, polis merampas 13 peket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamin (AB: 168.66 gram) dan tiga peket plastik berisi bahan disyaki dadah jenis Heroin anggaran berat 2.92 gram.
"Pada 13 Ogos 2021 jam 12.30 tengah malam, seorang wanita tempatan berusia 22 tahun yang juga tunang suspek ditahan itu didapati cuba menawarkan wang tunai berjumlah RM21,000 kepada Inspektor Liaw Ken Yeh dan Detektif Sarjan Zulkifli Nordin sebagai sogokan membebaskan tunangnya.
"Tangkapan dan barang kes akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut, " katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.