Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Video Tular Pemandu Nekad Lompat Dari Kereta Tinggal Rakan Bersama Dadah Selepas Dikejar Polis

Diterbitkan: 19 Sep 2021 5.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sabak Bernam, 19 September 2021 - Seorang penjenayah menjadi mangsa rakan jenayah sendiri apabila ditinggalkan lelaki terbabit yang melompat keluar dari kenderaan dipandu menyebabkan ia terbabas ke parit pada kejadian di Jalan Haji Miskan, Sekinchan, Selangor di sini, petang kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-video-tular-pemandu-nekad-lompat-dari-kereta-tinggal-rakan-bersama-dadah-selepas-dikejar-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:48 MYT
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Video Tular Pemandu Nekad Lompat Dari Kereta Tinggal Rakan Bersama Dadah Selepas Dikejar Polis
Laman Utama / Artikel / Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Video Tular Pemandu Nekad Lompat Dari Kereta Tinggal Rakan Bersama Dadah Selepas Dikejar Polis
Kembali ke Pustaka
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Video Tular Pemandu Nekad Lompat Dari Kereta Tinggal Rakan Bersama Dadah Selepas Dikejar Polis

Sabak Bernam, 19 September 2021 - Seorang penjenayah menjadi mangsa rakan jenayah sendiri apabila ditinggalkan lelaki terbabit yang melompat keluar dari kender...
Sabak Bernam, 19 September 2021 - Seorang penjenayah menjadi mangsa rakan jenayah sendiri apabila ditinggalkan lelaki terbabit yang melompat keluar dari kenderaan dipandu menyebabkan ia terbabas ke parit pada kejadian di Jalan Haji Miskan, Sekinchan, Selangor di sini, petang kelmarin.

Terdahulu, suspek memandu secara melawan arus sejauh dua kilometer bagi mengelak ditahan anggota polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, DSP Lim Chee Khoon berkata, kenderaan dinaiki kedua-dua suspek cuba meloloskan diri selepas menyedari polis melakukan pemeriksaan di Kilometer 72, Jalan Klang-Teluk Intan pada jam 6.30 petang.

Menurut DSP Chee Khoon, pemandu terbabit dapat melarikan diri manakala penumpang dapat ditahan.

DSP Chee Khoon berkata, pemeriksaan ke atas suspek berusia 27 tahun menemui 19 peket syabu seberat 15.5 gram dalam beg sandang dibawanya.

Suspek diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Sabak Bernam untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Oleh Amirul Aiman NEKAD MELOMPAT! Drebar cabut tinggal rakan bersama dadah selepas dikejar polis Khoon berkata, am@hmetr
ArtikelDiterbitkan 19 Sep 2021 5.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM