Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Tiga Sindiket Dadah Bernilai Lebih Rm180 Juta Tumpas

Published: 10 Mar 2026 5.27 AM Updated: 15 Aug 2026 6.40 PM
Polis menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah menerusi operasi berasingan di Kuala Lumpur dan Selangor dengan rampasan keseluruhan dadah bernilai RM180.8 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-tiga-sindiket-dadah-bernilai-lebih-rm180-juta-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:14 MYT
Kuala Lumpur, 10 Mac 2026 - Polis menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah menerusi operasi berasingan di Kuala Lumpur dan Selangor dengan rampasan keseluruhan dadah bernilai RM180.8 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata kejayaan itu dicapai hasil tiga operasi yang dijalankan di sekitar Lembah Klang sejak 2 Mac lalu.

Katanya, kes terbesar membabitkan rampasan lebih tiga tan Methamphetamine bernilai kira-kira RM170 juta dalam operasi dinamakan Op Chrysogaster pada 2 Mac lalu.

“Berdasarkan maklumat risikan, JSJN Bukit Aman melancarkan dua siri serbuan dan berjaya menangkap dua lelaki tempatan berusia 28 dan 44 tahun di Taman Gembira, Brickfields, Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of headscarf, water filter, newspaper and text
ArticlePublished 10 Mar 2026 5.27 AMUpdated 15 Aug 2026 6.40 PM