Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Terjun Laut Tinggalkan Dadah Rm3 55 Juta

Published: 07 Dec 2024 3.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Langkawi, 7 Disember 2024 - Dua lelaki sanggup terjun ke laut dan meninggalkan dadah bernilai RM3.55 juta dalam sebuah bot setelah menyedari kehadiran polis marin di perairan pulau peranginan ini pada Isnin lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-terjun-laut-tinggalkan-dadah-rm3-55-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:57 MYT
Langkawi, 7 Disember 2024 - Dua lelaki sanggup terjun ke laut dan meninggalkan dadah bernilai RM3.55 juta dalam sebuah bot setelah menyedari kehadiran polis marin di perairan pulau peranginan ini pada Isnin lalu.

Dadah itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran ke pulau berkenaan yang dijadikan sebagai destinasi transit.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, ACP Hj. Rusley Chi Ari berkata, operasi khas itu dijalankan sepasukan polis marin kira-kira jam 11 malam dan bot itu berjaya ditahan pada kedudukan enam batu nautika dari Pulau Lima di sini.

Menurut beliau, dua suspek itu telah bertindak terjun ke laut selepas menyedari kehadiran anggota operasi dan sehingga kini kedua-dua mereka masih belum dikesan.
“Pemeriksaan ke atas bot terbabit menemui 102 bungkusan mengandungi plastik lut sinar berisi ketulan mampat kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat kira-kira 107.581 kilogram bernilai RM3.55 juta,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 07 Dec 2024 3.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM