
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Negara Kerugian Rm19 7 Bilion Hasil Kehilangan 6 000 Nyawa Setahun
Kuala Lumpur, 7 Disember 2024 - Kadar kemalangan jalan raya Malaysia yang membabitkan kematian purata tidak kurang 6,000 setahun memberi kesan besar kepada neg...
Kuala Lumpur, 7 Disember 2024 - Kadar kemalangan jalan raya Malaysia yang membabitkan kematian purata tidak kurang 6,000 setahun memberi kesan besar kepada negara apabila turut mencatatkan kesan kewangan atau kerugian hampir RM19.7 bilion setahun.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Profesor Madya Ts. Dr. Siti Zaharah Ishak berkata, kedua-dua nilai itu dikira bersandarkan Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita.
”VOSL adalah ukuran nilai ekonomi yang digunakan untuk menilai manfaat mengelakkan kematian akibat kemalangan. la memberi gambaran mengenai berapa banyak kos yang dikaitkan dengan setiap kematian, termasuk kehilangan produktiviti, pendapatan yang dijana individu dan perbelanjaan kesihatan.
“Dalam kes Malaysia, setiap kematian di jalan raya dianggarkan membawa kerugian sekitar RM3.12 juta, mencerminkan nilai yang hilang dari aspek produktiviti masa depan, kos perubatan serta kesan jangka panjang kepada keluarga dan masyarakat,” katanya kepada Harian Metro.