Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Tembak Kereta Plat Thailand Bawa Syabu

Published: 19 Apr 2023 8.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dalam kejadian jam 3 petang, anggota Balai Polis Kulim terserempak kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang mencurigakan di Kampung Pondok Labu, Kulim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-tembak-kereta-plat-thailand-bawa-syabu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:05 MYT
Kulim, 19 April 2023 - Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri selepas kereta Honda Civic yang dipandu seorang lelaki cuba melarikan diri secara agresif ketika ditahan, kelmarin.

Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dalam kejadian jam 3 petang, anggota Balai Polis Kulim terserempak kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang mencurigakan di Kampung Pondok Labu, Kulim.

Beliau berkata, ketika anggota polis terbabit cuba melakukan pemeriksaan, pemandu kereta berkenaan bertindak melarikan diri dengan cara agresif sehingga hampir merempuh anggota polis.

“Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan terkena tayar hadapan kenderaan menyebabkannya pancit,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

No photo description available.

ArticlePublished 19 Apr 2023 8.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM