Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Taktik Sindiket Edar Dadah Guna Kod Nama Jual Atas Talian

Published: 17 Dec 2024 1.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sindiket juga dipercayai sentiasa menukar kod rahsia mereka sekiranya barangan jualan mula dikesan atau disekat pemilik platform berkenaan
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-taktik-sindiket-edar-dadah-guna-kod-nama-jual-atas-talian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:52 MYT
Kuala Lumpur, 17 Disember 2024 - 'Green', 'smoke', 'weednesday' dan ‘teh hijau’.

Itu antara kod rahsia atau kata kunci yang digunakan sindiket pengedaran dadah sintetik bagi menjual bahan terlarang itu secara dalam talian melalui laman gelap (dark web) dan laman jualan e-dagang termasuk media sosial serta aplikasi sembang.

Sindiket juga dipercayai sentiasa menukar kod rahsia mereka sekiranya barangan jualan mula dikesan atau disekat pemilik platform berkenaan.

Pelanggan yang berminat akan menghubungi pemilik akaun melalui mesej langsung untuk urusan pembelian dan bekalan dadah sintetik seperti pil kuda, Syabu serta Ekstasi itu kemudiannya dihantar melalui perkhidmatan kiriman cepat atau orang persendirian.

Taktik sindiket yang memanipulasi platform dalam talian itu dipercayai mensasarkan golongan muda terutama pelajar kerana ia mudah dibeli tanpa pengetahuan ibu bapa.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, inilah taktik yang paling merisaukan kerana dengan semudah di hujung jari, sindiket dan pengguna boleh membuat pesanan, mengatur cara perjumpaan serta bayaran tidak kira di mana berada.

Beliau berkata, modus operandi sindiket adalah mencari dan berkomunikasi dengan keldai dadah atau pelanggan menerusi laman gelap dan aplikasi media sosial dengan menggunakan kod nama bagi jenis dadah dijual.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of ‎1 person, slow loris and ‎text that says '‎Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Nawawi m@hmetro.comn.ny TAKTIK SINDIKET EDAR DADAH SI
ArticlePublished 17 Dec 2024 1.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM