
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Gisbh 40 Kertas Siasatan Dalam Tindakan Polis Tpr Kpn
Petaling Jaya, 18 Disember 2024 - Sebanyak 103 kertas siasatan pelbagai jenis kesalahan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan Global Ikhwan Services...
Petaling Jaya, 18 Disember 2024 - Sebanyak 103 kertas siasatan pelbagai jenis kesalahan dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) sejak Op Global dilancarkan pada 11 September lalu
.
.
la membabitkan 98 kertas siasatan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah termasuk satu kertas siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 manakala satu lagi berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak 63 kertas siasatan telah selesai apabila 22 kes daripadanya telah dituduh manakala 41 kes diklasifikasikan tiada tindakan lanjut oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Katanya, terdapat baki 40 kertas siasatan masih belum selesai yang dalam tindakan pegawai penyiasat dan TPR.
“Sepanjang Op Global dijalankan, seramai 416 individu telah ditangkap membabitkan 189 lelaki dan 227 wanita dan sebahagian besar berusia 18 tahun ke atas.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 43 individu telah berjaya dituduh melibatkan pelbagai kesalahan termasuk 22 individu yang dituduh di bawah Seksyen 130v Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurut Tan Sri Razarudin, seramai 168 individu dijamin polis manakala 201 individu bebas tanpa syarat.
“Pihak polis masih meneruskan risikan dan siasatan manakala tangkapan akan dibuat sekiranya terdapat aduan serta maklumat yang boleh dipercayai atau syak yang munasabah yang diterima atau terkesan oleh pihak PDRM,” ujar beliau.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.