
Artikel
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Taktik Sindiket Edar Dadah Guna Kod Nama Jual Atas Talian
Sindiket juga dipercayai sentiasa menukar kod rahsia mereka sekiranya barangan jualan mula dikesan atau disekat pemilik platform berkenaan
Kuala Lumpur, 17 Disember 2024 - 'Green', 'smoke', 'weednesday' dan ‘teh hijau’.
Sindiket juga dipercayai sentiasa menukar kod rahsia mereka sekiranya barangan jualan mula dikesan atau disekat pemilik platform berkenaan.
Pelanggan yang berminat akan menghubungi pemilik akaun melalui mesej langsung untuk urusan pembelian dan bekalan dadah sintetik seperti pil kuda, Syabu serta Ekstasi itu kemudiannya dihantar melalui perkhidmatan kiriman cepat atau orang persendirian.
Taktik sindiket yang memanipulasi platform dalam talian itu dipercayai mensasarkan golongan muda terutama pelajar kerana ia mudah dibeli tanpa pengetahuan ibu bapa.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, inilah taktik yang paling merisaukan kerana dengan semudah di hujung jari, sindiket dan pengguna boleh membuat pesanan, mengatur cara perjumpaan serta bayaran tidak kira di mana berada.
Beliau berkata, modus operandi sindiket adalah mencari dan berkomunikasi dengan keldai dadah atau pelanggan menerusi laman gelap dan aplikasi media sosial dengan menggunakan kod nama bagi jenis dadah dijual.